Posts

Anak Perantau di Hari Merdeka

Image
Dua ribu tujuh... Aku mula melangkah pergi — Berpisah dari tanah sendiri. Berat rasa hati, Pasrah berlapik redha, Meninggalkan bumi...  Tempat aku mula hidup. Dari layar kecil...  Ke udara luas, Suara dulu lantang,  Kini bergema jauh. Merdeka? Aku sambut dengan jiwa besar,  Walau jasad terpisah arah. Dulu aku di pentas, Di depan kamera, Melapor nadi rakyat, Mengangkat semangat bangsa. Sorakan merdeka — Bendera kita, naik megah di angkasa! Menjulang erti MERDEKA! Wartawan cekal, Menulis bukan sekadar berita — Tapi jiwa. Jiwa yang disulami Jantung hati bangsa, Semangat negara Kita laungkan bersama. Tapi kini… Aku meniti hari di bumi asing. Kenangan tanah air Bersemi…  Di dalam hati paling dalam. Sekali kembali… Selebihnya cuma rindu. Rindu pada tanah tumpah darah, Rindu pada bangsa yang tak pernah hilang arah. Kawan? Keluarga? Masih di sana — Dalam tawa, dalam gurau, dalam irama lama., Yang tak pernah pudar, walau masa berjalan. Jauh? Ya, jasadku mungkin terpisah....

Teratak Usang

Image
Teratak usang berdiri bisu, Menjaga cerita waktu lalu, Dari tawa kecil penuh rindu, Hingga air mata pilu bertalu. Hidup bagai sungai mengalir, Deras, keras, kadang bersenang, Membelah batu, mengalir lirih, Membawa harap, membawa sayang. Gunung tinggi penuh rahsia, Melambai langkah, menuntun jiwa, Kadang goyah, kadang gembira, Mengarungi hidup dengan cinta. Teratak usang, tempat pulang, Bersandar jiwa yang penat hilang, Di sana hatiku terus terang, Berdamai dengan hidup yang panjang

Gurindam Rindu daru Kota London

Image
Hujan renyai di kota asing, Rindu kampung datang menggigit dingin. Langit muram menyimpan cerita, Tentang asal, tentang yang tiada. Takbir jauh menggema sayu, Bersama pilu yang makin beku. Ayah bersara, tenang bersahaja, Menumpang hidup di rumah anaknya. Rumah lama sudah tiada, Yang tinggal cuma nama dan usia. Di  sudut mata ada sendu, Rindu kampung yang tak berpalu. Aku di London, mengejar hari Tapi hati pulang saban kali. Di antara dinding batu dan kaca, Wajah ayah muncul semasa di senja. Biar waktu terus berlalu, Rindu ini tak akan berlayu.

Gerimis Kalbu

Image
Hujan petang, turun perlahan,   Menyapu bumi, membasah kenangan.  Langit kelabu,redup berpanjangan,   Angin sepoi membawa harapan.   Di surau tua, bergema takbir,   Menusuk kalbu, menggamit fakir.   Bercucur air mata. tanpa disedari,   Mengenang dosa yang tak berperi.   Langkah hening menuju pagi,   Dalam gerimis yang tak berhenti.   Takbir bersahut, hati bergetar,   Pada Tuhan, jiwa tersandar.

Paku Berbelang

Image
  -   July 26, 2025 Kampung Ulu Bayu berdiri di pinggir hutan-kaki Bukit Kayu Lama-terpisah dari dunia luar dengan sebatang jalan tanah merah. Tiap kali hujan turun, jalan itu hilang ditelan lumpur. Tapi bukan itu yang membuat penduduk resah. Di kampung  itu, orang lama sering berbisik tentang satu perkara yang tidak terlihat tetapi sentiasa terasa: paku berbelang. Bagi awak dan saya yang orang luar-kita tidak akan faham apa itu paku berbelang. Tapi bagi orang Kampung Ulu Bayu, ia bukan benda yang boleh dilihat, disentuh atau dirasa. Ia datang dalam bentuk mujarad atau kata orang putih, ‘abstrak’. Kadang-kadang dalam bentuk keputusan yang tidak akan difahami, janji riuh yang bertukar menjadi sunyi, atau suara manis yang hilang entah ke mana. Kadang-kadang jugak ia muncul dalam bentuk papan tanda gergasi di simpang masuk kampung, bertulis: ‘’ Projek Komuniti Akan Dilancar Tidak Lama Lagi’’. Tetapi  tanah disitu kekal kosong bertahun-tahun. Mak Nyah, yang lantang berla...

Ramadan Tak Menghilang

Image
  Senja disulami mentari, Sebak disulami senyum; Ribang di hati reda, menukil seuntai puisi...di hari raya. Alangkah nikmat erti Ramadan, Melangkah syukur -Syawal mendatang; Maaf dan insaf-susun jemari, Redha di jiwa-kuat tauhid. Biar tak menghilang ilmu yang diajar, Biar tak melupa janji yang dipikul; Kita cukup tenang memintal tali persaudaraan, Ayuh merantai kasih antara insan. Alangkah tenang -hati bahagia, Mendengar takbir nun jauh di bumi pertiwi; Hari gembira-syahdu menanti, Mencari hidup-menunggu senja. Biar jiwa berlabuh jaya, Menanam niat-menabur bakti; Biar sikap berbudi bahasa, Menyapa kesediaan-menyahut seruan. Ramadan tak menghilang... Bila Syawal mendatang; Cuma kita menghilang... Dalam kealpaan. Salah dan khilaf-mohon diampun, Lekas kita merajin senang-dibumi Indah. Ramadan tak menghilang... Bila Syawal mendatang.

Satu Kita

Image
  Satu Kita oleh Teynmoli Subramaniam sempena Hari Kemerdekaan Malaysia ke-63, 31 Ogos 2020 Ki ta semua sama. Bersama sudah sampai di dataran  indah, Menempuh jalanan yang masih mencabar. Ada penegak, ada penyangak; tapi yang satu tidak  digoyah. Kerana sudah diasuh kita- adat bersatu, adat bersuara dan adat bermaruah. Kita semua satu. Ayuh sama-sama kita mendaki- Menempuh pencakar jalanan; menangkis yang buruk dan bongkak. Bersatu menyanggah musuh; Berpayungkan ketelusan dasar dan rukun. Ayuh sama-sama kita bertegak   menghormati hak semua, hak negara; kerana tiada yang lain dalam satu-  satu negara; satu bangsa. Ayuh sama-sama kita merakit Menempuh taufan dan ombak bergelora; menyanjung  negara dan mengerti Merdeka. Merdeka negara, merdeka bangsa dan merdeka minda. Ayuh kawan, kita keluarga. Tidak mengeluh, tidak  berpenat. Rajin membentuk geluh dan menguji diri- Mengatur tapak ke puncak yang masih jauh. Ayuh keluarga- kita negara berbekal seman...