Gurindam Rindu daru Kota London

Hujan renyai di kota asing,

Rindu kampung datang menggigit dingin.


Langit muram menyimpan cerita,

Tentang asal, tentang yang tiada.


Takbir jauh menggema sayu,

Bersama pilu yang makin beku.


Ayah bersara, tenang bersahaja,

Menumpang hidup di rumah anaknya.


Rumah lama sudah tiada,

Yang tinggal cuma nama dan usia.


Di  sudut mata ada sendu,

Rindu kampung yang tak berpalu.


Aku di London, mengejar hari

Tapi hati pulang saban kali.


Di antara dinding batu dan kaca,

Wajah ayah muncul semasa di senja.


Biar waktu terus berlalu,

Rindu ini tak akan berlayu.



Comments

Popular posts from this blog

Anak Perantau di Hari Merdeka

Teratak Usang

Satu Kita