Paku Berbelang

- July 26, 2025 Kampung Ulu Bayu berdiri di pinggir hutan-kaki Bukit Kayu Lama-terpisah dari dunia luar dengan sebatang jalan tanah merah. Tiap kali hujan turun, jalan itu hilang ditelan lumpur. Tapi bukan itu yang membuat penduduk resah. Di kampung itu, orang lama sering berbisik tentang satu perkara yang tidak terlihat tetapi sentiasa terasa: paku berbelang. Bagi awak dan saya yang orang luar-kita tidak akan faham apa itu paku berbelang. Tapi bagi orang Kampung Ulu Bayu, ia bukan benda yang boleh dilihat, disentuh atau dirasa. Ia datang dalam bentuk mujarad atau kata orang putih, ‘abstrak’. Kadang-kadang dalam bentuk keputusan yang tidak akan difahami, janji riuh yang bertukar menjadi sunyi, atau suara manis yang hilang entah ke mana. Kadang-kadang jugak ia muncul dalam bentuk papan tanda gergasi di simpang masuk kampung, bertulis: ‘’ Projek Komuniti Akan Dilancar Tidak Lama Lagi’’. Tetapi tanah disitu kekal kosong bertahun-tahun. Mak Nyah, yang lantang berla...